SELAMAT DATANG KE DOKA
DOKA melambangkan Teknologi Jerman yang dihasilkan di Asia. Kami memberi jaminan terhadap:
Produk Berkualiti Tinggi
Tempoh pelunasan pendek
Penjimatan kos segera
Kecekapan Tenaga.
Jangan tunggu; terus mara ke hadapan…. Kami mengautomasi kejayaan anda!
DOKA ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian Automasi Perindustrian . Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1966 di Rimbach/Jerman sebagai pembekal mesin tempatan. Dalam jangka waktu yang singkat, DOKA telah menjadi pemain global dengan pelanggan di lebih 50 negara serata dunia. Hari ini, DOKA merupakan peneraju pasaran seluruh dunia yang amat dihormati dalam bidang perniagaannya.
Rangkaian produk kami merangkumi mesin automatik dan penyelesaian teknikal untuk jenis industri pembuatan yang berbeza.
Perkhidmatan:
Mesin pembungkusan, mesin ujian, pengendalian produk dan unit pengangkutan, unit pemuatan automatik, robot perindustrian, peralatan makmal, teknologi hijau, perkhidmatan teknikal dan perundingan.
Industri:
Produk perubatan, makanan dan minuman, kosmetik, elektrik dan elektronik, automotif dan penerbangan, farmaseutikal, barangan pengguna, pembuatan (mesin, komponen, produk), pemprosesan logam, minyak dan gas, penjagaan kesihatan.
DOKA menampilkan contoh terkemuka seluruh dunia untuk mesin automatik sepenuhnya dan separa automatik bagi produk perubatan tertentu. Pelanggan menikmati manfaat daripada pengetahuan kejuruteraan kami dan pengalaman kami selama 40 tahun dalam membekalkan kelebihan teknikal.
Kami pakar dalam mengendalikan projek-projek pelanggan di dalam tempoh waktu yang pendek. Oleh itu, kami membesarkan pasukan utama kami kepada sekitar 20 orang, terutamanya jurutera dan juruteknik, mengikut keperluan projek bagi menyempurnakan pesanan pelanggan dalam keadaan dan waktu yang terbaik.
DOKA Eropah ialah ibu pejabat syarikat yang terletak di Weinheim/Jerman (berhampiran Frankfurt/Main). Manakala, DOKA Asia merupakan ibu pejabat Kejuruteraan dan Pembuatan yang terletak di PetalingJaya (berhampiran Kuala Lumpur).
World Map
DÖKA Europe
Doeka Europe GmbH i.L.
Brucknerstr. 10
69469 Weinheim
Germany