Pilih satu Halaman

SELAMAT DATANG KE DOKA

20th Birthday DOEKA ASIA

Kami menumpukan pada penjimatan kos sejak tahun 1966. Kami bersemangat dalam kelebihan bersaingan. Kami memberikan penjimatan kos melalui penyelesaian teknikal dan teknologi masa depan. Ia mengurangkan keseluruhan kos syarikat anda dan kos pengeluaran produk anda. Anda boleh melihat hasilnya … dalam keadaan penuh keceriaan pada wajah pasukan anda … serta di dalam laporan tahunan syarikat anda.

DOKA melambangkan Teknologi Jerman yang dihasilkan di Asia. Kami memberi jaminan terhadap:

Produk Berkualiti Tinggi
Tempoh pelunasan pendek
Penjimatan kos segera
Kecekapan Tenaga.
Jangan tunggu; terus mara ke hadapan…. Kami mengautomasi kejayaan anda!

DOKA ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian Automasi Perindustrian . Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1966 di Rimbach/Jerman sebagai pembekal mesin tempatan. Dalam jangka waktu yang singkat, DOKA telah menjadi pemain global dengan pelanggan di lebih 50 negara serata dunia. Hari ini, DOKA merupakan peneraju pasaran seluruh dunia yang amat dihormati dalam bidang perniagaannya.

Rangkaian produk kami merangkumi mesin automatik dan penyelesaian teknikal untuk jenis industri pembuatan yang berbeza.

Perkhidmatan:
Mesin pembungkusan, mesin ujian, pengendalian produk dan unit pengangkutan, unit pemuatan automatik, robot perindustrian, peralatan makmal, teknologi hijau, perkhidmatan teknikal dan perundingan.

Industri:
Produk perubatan, makanan dan minuman, kosmetik, elektrik dan elektronik, automotif dan penerbangan, farmaseutikal, barangan pengguna, pembuatan (mesin, komponen, produk), pemprosesan logam, minyak dan gas, penjagaan kesihatan.

DOKA menampilkan contoh terkemuka seluruh dunia untuk mesin automatik sepenuhnya dan separa automatik bagi produk perubatan tertentu. Pelanggan menikmati manfaat daripada pengetahuan kejuruteraan kami dan pengalaman kami selama 40 tahun dalam membekalkan kelebihan teknikal.

Kami pakar dalam mengendalikan projek-projek pelanggan di dalam tempoh waktu yang pendek. Oleh itu, kami membesarkan pasukan utama kami kepada sekitar 20 orang, terutamanya jurutera dan juruteknik, mengikut keperluan projek bagi menyempurnakan pesanan pelanggan dalam keadaan dan waktu yang terbaik.

DOKA Eropah ialah ibu pejabat syarikat yang terletak di Weinheim/Jerman (berhampiran Frankfurt/Main). Manakala, DOKA Asia merupakan ibu pejabat Kejuruteraan dan Pembuatan yang terletak di PetalingJaya (berhampiran Kuala Lumpur).

World Map

Industry 4.0

Green Solutions

Globale Presence

Industry 4.0


Alexander Hummel
President

DÖKA Europe GmbH
Brucknerstr. 10
69469 Weinheim
Germany

Phone : +49 (0) 6201 7049 275
Telefax : +49 (0) 6201 7049 156
E-Mail: administration@doeka.de

DÖKA Europe

DÖKA Europe GmbH
Brucknerstr. 10
69469 Weinheim
Germany

DOEKA Europe

Gloves Market News

Condom Market News

twitter

Gloves Market News